Tuesday, February 2, 2010

salam bangsaku

Salam..

Kita tahu bangsa kita tersepik
Kita tahu bangsa kita dah jatuh
Rebah menunggu dikebumikan
Usah lah kita membuka pekong didada
Usah lah terlalu taksub kepada keturunan
Jangan lah taksub kepada perkauman

Yang penting adalah berpersatuan
Kumpulan dan masyarakat yang berkawan
Kumpulan yang tidak “bias” kepada lawan
Kumpulan yang tahu peranan lawan
Kumpulan yang sanggup berkawan dengan lawan.

Untuk apa kita mengata..
Keluar kan isi perut semua..
Marilah berpersatuan berkerjasama
Mengada kan kumpulan penggerak bicara
Kumpulan menebus kekalahan bangsa

Unjuk kan jalan..
Ada kan forum dan perjumpaan
Lantik kan ketua kita bersama
Tangani dengan ilmu pengahtahuan
Bukan nya dengan rasa binasa...

Mulakan dengan sembah rentak seribu..

hdin

bangsa ku layu

Aspirasi KU…

Setelah berakhirnya episod ketuanan Melayu bertukar ke era Malaysia, apa yang tinggal kini hanya 1Malaysia. Konsep persepakatan di segi ideologi kepelbagaian kaum pribumi dan budaya agar seiring menerokai segenap peluang sosio-ekonomi memacu ke tahap negara makmur dan rakyat gemilang terus giat dipromosikan. Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan! Sayugianya slogan dan kata-kata keramat saling bertukar-ganti apabila ketua kerajaan bertukar tangan. Peranan NGO dan kuasa eksekutif dalam mencorak-warnakan negara bersimpang-siur dengan kemelut politik dan ekonomi yang kini menjadi isu semasa dan berlanjutan sehingga ke PRU era Dato' Sri Najib pula? Lumrahnya setiap makhluk dilahirkan berbeza cita-rasa dan punyai impian tersendiri.

Pergolakan yang bermula daripada harga komoditi yang kian naik terasa cengkamannya oleh golongan marhaen, dan isu royalti petroleum hinggalah kepada nama Allah! Perbalahan mengenai isu PPMSI dan kecoh pasal SPRM yang juga termasuk kes kehilangan engin jet menjadi topik perbualan di kalangan rakyat yang prihatin! Tiada apa lagi yang ingin diterjemahan melalui tindakan.

Persoalannya ialah semangat kemerdekaan semakin pupus dari dalam diri orang Melayu sendiri, tetapi yang ironinya golongan majoriti ini jugalah 'juara berkokok' bila menyentuh apa jua isu-isu hangat: hanya sekadar menarik perhatian umum? Memang ada rasa kesedaran yang menebal namun segala titik-tolak tindakan yang menyusul langsung tidak berkesan. Bayangkan, jika sekadar ingin mendapat permit berdemonstrasi secara aman pun belum tentu lagi mendapat layanan! Bantahan terhadap pemansuhan ISA sudah jadi isu basi dan semakin dilupai 'roh' perjuangannya.

Rakyat secara umumnya hanya menjadi 'saksi' dan setiap pertikaian berbangkit terhadap permasalahan negara bergantung di atas kebijaksaan peneraju kepimpinan negara. Bahawa kepercayaan dan rasa hormat sesama manusia sejagat sudah semakin pupus lantaran sifat ego dan hipokrit...di antara kalangan pemimpin dan rakyat: kini menjalar pula kepada perebutan kuasa oleh pemimpin politik sendiri demi memperjuangkan demokrasi? Kegiatan rasuah dan keruntuhan moral golongan masyarakat mulai lapisan terbawah hinggalah kepada golongan elit dan pemimpin politik tetap menjadi 'mimpi ngeri' yang mencabar kestabilan politik dan keselamatan negara?

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh orang Melayu (beragama Islam) yang mempunyai raja berpelembagaan dan para mufti di setiap negeri? Mungkinkah rakyat Malaysia kini cukup puas berada di dalam comfort zone? Maka tak perlu lagi berjuang terhadap keadilan demi kemerdekaan 1Malaysia? Di dalam situasi bila mana negara sudah aman makmur dan ekonomi stabil , maka kita menikmatinya memadai dengan berpeluk tubuh sahaja? Sedang bangsa lain terus bergerak maju ke hadapan, demi maruah keluarga, ke arah menjamin generasi mereka agar cemerlang di segenap bidang.

Kita semua masih belum terlambat untuk melakukan perubahan setakat yang termampu sebagai bangsa yang bermaruah.

1. Kuat kan Ilmu keagamaan dan tambah kan Keimanan..
2. Bentuk keluarga Islam yang tulin.
3. Ikuti jadual waktu Islam.
4. Berjihad kerana Islam.
5. Amalkan system perekonomi Islam.
6. Amalkan pemerintahan secara hukum Islam.
7. Hidup sihat secara Islam.

Note: Apa yang ada pasti nya akan menjadi lusuh dan tidak bermaya seandai nya diguna pakai dari sumber yang tidak kekal…dan yang paling utama nya ketika ini adalah EKONOMI Bangsa melayu… dimana arah tuju dan bagaimana menjana kembali pendapatan nya…

Wassalam.