Monday, August 16, 2010

Allah SWT Berdiri Dengan Sendiri. Dia tidak memerlukan sifat Wujud untuk kewujudan-Nya. Dia tidak memerlukan sifat Hidup untuk membuat-Nya Hidup. Dia tidak memerlukan sifat Mendengar untuk menjadikan-Nya mempunyai Pendengaran. Dia tidak mem...erlukan sifat Melihat untuk Penglihatan-Nya.
Dia tidak memerlukan sifat Berkata-kata untuk mengadakan Kalam-Nya. Dia tidak memerlukan sifat Iradat untuk Dia berkehendak. Dia tidak memerlukan sifat Ilmu untuk pengetahuan-Nya. Dia serba cukup. Dia Wujud sendiri-Nya, Melihat sendiri-Nya, Mendengar sendiri-Nya, Hidup sendiri-Nya, Berkehendak sendiri-Nya, Mengetahui sendiri-Nya, Berkata-kata sendiri-Nya dan apa jua pun adalah sendiri-Nya tanpa bersandar kepada sebarang sifat.

Dia tidak memerlukan sifat atau nilai-nilai tambahan untuk Kesempurnaan-Nya. Dia Berkuasa tanpa bersandar kepada sifat Berkuasa. Dia Mencipta tanpa memerlukan sifat Berkuasa Mencipta. Allah SWT serba cukup dengan Diri-Nya sendiri, dengan keesaan-Nya tanpa memerlukan sokongan sifat dan alat.

Kerana teramat kasih dan cinta kepada Allah SWT maka sedikit sebanyak dari ilmu Allah SWT demi mahu mendekatkan dan melegakan hati bagi mudah mengenal Allah SWT maka para Ulama membahagikan sifat-sifat bagi Allah SWT dan salah satunya adala...h Wujud. Mengikut Ulama adapun tafsiran Wujud itu tiga bahagian:

1. Wujud Haqiqi, yaitu dzat Allah Ta’ala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada kesudahan maka wujud itu bersifat Qadim dan Baqa’, inilah wujud sebenarnya

2. Wujud Mujazi, yaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa’, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala

3. Wujud ‘Ardy, yaitu dzat ‘Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain

Perlu diingatkan bahawa fikiran, perasaan, bahasa, perkataan, istilah, ungkapan, ibarat dan misal semuanya adalah makhluk, iaitu sesuatu yang termasuk di dalam ciptaan Tuhan, baik secara nyata atau abstrak.

Apa yang Tuhan ciptakan tidak ada... kekuatan untuk memperihalkan tentang Tuhan. Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan perasaan, yang terucap oleh perkataan dan bahasa, yang digambarkan sebagai ibarat, misal dan sifat, semuanya bukanlah Allah SWT Apa juga istilah yang digunakan semuanya juga bukan Allah SWT. Ahadiyyah, Wahdat dan Wahadiyyah bukanlah Allah SWT.

Tiada kenyataan, kenyataan pertama, kenyataan ke dua dan kenyataan ke tiga semuanya bukanlah Allah SWT. Zat, sifat, asma’ dan af’al semuanya bukanlah Allah SWT. Roh Kudus, Roh Idhafi dan Roh Rabbani bukanlah Allah SWT. Alam Lahut, Balhut dan Jamhut bukanlah Allah SWT. Alam Ghaibul Ghuyub, Alam Ghaib, Alam Kabir dan Alam Saghir bukanlah Allah SWT. Alam Arwah dan Alam Misal bukanlah Allah SWT. Alam Malakut dan Alam Jabarut bukanlah Allah SWT.

Semuanya, sekaliannya, yang beribu-ribu lagi istilah dan perkataan yang digunakan adalah sesungguhnya dan sebenarnya bukanlah Allah SWT. Semua itu hanyalah perihal tentang keadaan Allah SWT, kesucian Allah SWT, kebesaran Allah SWT, kebijaksanaan Allah SWT, keindahan Allah SWT, kekayaan Allah SWT, cahaya Allah SWT, kenyataan Allah SWT dan sesuatu tentang Allah SWT tetapi bukanlah Dia.

No comments:

Post a Comment